Assalamualaikum. hai >.- hey ! Kamu.. iye.. kamu lah. ehem.
Apa khabar? Sihat tak? Kalau sihat, Alhamdulillah saudara kita sihat walafiat.
Tolong tumpu sepenuhnya semasa membaca tau, ni berkaitan tentang apa yang kamu
patut buat sementara dok tunggu result SPM diumum. Daripada membuang masa
goyang kaki di rumah, baik kamu buat aktiviti berfaedah yang akan memberi impak
yang positif dalam kehidupan masa hadapan anda kelak. Okay, jom mulakan dengan…
Kerja..
Berdasarkan pandangan Amirul, selalunya
pekerjaan bukan hanya sesuai untuk orang dewasa saja, tetapi para remaja pun
boleh aih, saja majikan di tempat pekerjaan itu tak mahu ambil sebab beberapa
faktor, iaitu :
- Takut mengalami kerugian
Para majikan memang tak mahu ambil golongan
remaja bekerja di tempat mereka sebab takut mengalami kerugian, agak2
lah remaja ni umur masih muda dan selalu membuat kesilapan disebabkan baru
menjejak kealam pekerjaan,..
- Belum berkemahiran
Kita juga masih dikelaskan sebagai seorang
pelajar kan, kita masih belum lagi berkemahiran membuat sesuatu pekerjaan,
contohnya, kemahiran seni kulinari, kita masih belum belajar tentang itu, jadi
kita tidak tahu cara nak buat kan. > sekurang-kurangnya boleh belajar
daripada “senior” yang kerja di situ. haeh..
Pekerjaan ni, sebenarnya dapat menambahkan
pendapatan duit poket oo, impian nak duit banyak memang dah lama berlegar dalam
minda seorang remaja > termasuk amirul. Bukan itu sahaja wey,
pekerjaan juga dapat tambahkan pengalaman sebagai persediaan untuk menjejak
kealam masyarakan nanti, buat masa kini, kita mesti mengetahui selok-belok dan
etika pekerjaan. Agar kita tidak membuat kesilapan bila dewasa nanti. Duit
pendapatan boleh lah beli barang yang kita impikan selama ini, kalau pasal
makanan itu, relaks lah noh sebab makanan makbapak yang tanggung >
masih harap makbapak jaa.. Kalau dekat tempat Amirul ni, majoritinya suka
“make up” motosikal mereka. Fuish, memang cantik motosikal depa. Selain itu,
dapat belanje awek, dapat meningkatkan pendapatan kewangan dan mengurangkan
bebanan keluarga. Haa, ini memang pasti sebab aku buat kajian, aku tengok
jiran-jiran yang tinggal berdekatan rumah aku ni, dulu masa anak- anak depa
sebaya aku, rumah mereka kecil je, taklah kecik macam rumah bantuan kerajaan
itu, naik pun motosikal Honda lampu Petak C70. Bila anak-anak depa dah ada
kerja. Fiuu, rumah jadi besar sedikit demi sedikit, bilik air pun besar tau,
tak percaya datang tengok sendiri. Akhirnya dah jadi banglo satu tingkat. Ada
astro dan wi-fi lagi, > ni amirul dok guna wi-fi mereka.
Kenderaan pula, dulu ada Honda petak C70 sahaja, sekarang parking pula Yamaha
Fz150i. > amirul idam lama dah tapi dia dapat dulu moto tu :’(. Seterusnya, kalau kita bekerja sebagai
POMEN di sebuah bengkel motosikal, kita boleh memperoleh pengalaman daripada
pomen-pomen “SENIOR”. Bagus tu, kemahiran dating tanpa dapat diduga. Last2,
Mat Rempit datang berjumpa dan menawarkan harga suruh pasang spepat racing
macam taikom tu. kalau matrempit, letak harga tinggi sikit. REZEKI sendiri. >
pasang sparepart racing ni kalau di
bengkel tak boleh, kena buat di rumah.
Ambil Kursus Kemahiran..
Kalau tidak minat bekerja, Amirul sarankan kamu
ambil kursus kemahiran dekat GiatMARA. Sesetengah GiatMARA ditawarkan kursus
masing-masing, bukan semuanya ada dalam satu institute kemahiran, yuran Amirul
agak sebanyak RM200 kalau tak silap. Kalau di tempat Amirul ni, kursus yang
paling popular adalah kursus enjin permotoran sebab majoritinya suka main
motor, tapi tak lah sampai berlumba, mereka hanya buat hanya semata-mata nak Tarik
perhatian awek. Sesetengah orang ada juga ambil kemahiran itu bertujuan nak
buka kedai motosikal sendiri, agak-agak lah pendapatan bekerja sendiri lebih
lumayan. Kursus di GiatMARA berjalan selama 12 Minggu, Mungkin. Bagi perempuan,
Amirul sarankan kamu ambil Seni Kulinari, jarang ada orang yang mempunyai
kemahiran dalam seni kulinari. So, kebarangkalian sangat banyak untuk tokey
kedai pastry/kek akan ambil kita sebagai pekerja. > kan bagus kalau
bini aku ada kemahiran ini, tiap hari aku hanya makan makanan masakan dia
sahaja, hahah.. Orang yang mempunyai banyak Ilmu, tidak mungkin akan
dihina, tetapi ramai orang akan suka sebab orang yang berilmu amat diperlukan
pada masa kini.
Buat Lesen Kereta..
Bagi orang yang berkemampuan, boleh juga
membuat lesen kereta, qada’ balik apa yang kita tangguh sebab nak SPM, buat
lessen kereta pun bagus juga haa. Nanti boleh bawa kawan-kawan pergi melancong
ke luar negeri, eratkan hubungan silaturahim. Hehe. Buat masa ini, kita masih
bawah tangunggan ibubapa, So, kita pakai lah duit mereka dulu untuk buat lessen
kereta. Bila dah besar panjang, jenuh nak cari RM1200. Masa tu tak boleh harap
ibubapa dah..
Apa yang aku suggest ni adalah aktiviti yang
sangat berfaedah dan akan mendatangkan impak yang positif terhadap masa hadapan
kamu kelak, kamu cuba lah mendisiplinkan sikit dan kamu juga kena tahu bahawa
di dunia ini mana boleh relaks, setiap hari kalau ada sahaja masa lapang, kita
buat relaks, masalah pasti datang. Sesungguhnya menuntut ilmu pada masa muda
ibarat “menulis di atas batu” kita belajar masa mudam kita dapat mengingati
ilmu yang kita telah pelajari selama-lamanya tetapi menuntut ilmu pada masa tua
pula ibarat “menulis atas pasir di tepi pantai”, bila ombak datang, pasti
hilang entah ke mana. Maksudnya,bila kita menuntut ilmu masa hari tua, pasti
akan mudah lupa kerana otakotang yang sudah tua tidak lagi aktif dan mengalami
“sifar”.
Aktiviti seperti dia atas juga dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala negative yang sering menghantui
kehidupan remaja pada masa kini,. Remaja, mereka mempunya sifat “ingin mencuba
sesuatu yang baharu”, pengaruh rakan sebaya amat memberi kesan yang amat
mendalam, antara gejala negative yang dapat dielakkan sekiranya kita melakukan
aktiviti yang berfaedah seperti amirul ceritakan tadi, antaranya :
- Lepak
Apabila tamatnya SPM, para pelajar mesti mahu berehat dan ingin meluangkan masa bersama kawan-kawan, lepak adalah perkara yang negative dan menjadi faktor mengapa remaja masa kini terjebak dalam gejala negative. Apabila kita melepak, salah seorang daripada rakan kita adalah rakan yang tidak baik, mereka berkemungkinan akan mengajak kita mencuba rokok malah lebih teruk lagi DADAH. Seterusnya, amalam melepak ini perbuatan yang membuang masa. Antara melepak dan berekreasi sangat berbeza, berekreasi dapat mengeratkan hubunga silaturahin antara kawan-kawan malah dapat mengamalkan gaya hidup sihat, itu pun juka kita bijak memilih kawan.
- Rempit
Pada masa kini, memang amirul tengok, ramai
remaja dah terjebak dalam kegiatan Rempit, faktor utama adalah penubuhan
kelab-kelab rempit dan mengalakkan orang mengajak kita menjadi ahli baharu
dalam kelab itu, pada mulanya, kita bukan seorang mat rempit, percayalah, lama-
kelamaan pasti akan jadi matrempit juga. Merempit juga perbuatan negative,
membuang masa serta want untuk mengisi petrol. Seperti yang amirul kenal ayat
ii “poket kosong, duduk di rumah tengok-tengok, kalau poket penuh, tangki
penuh, jom race”
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Kesimpulannya, kalau kita menyertai Pekerjaan,
Kursus kemahiran dan lessen kereta, kita tidak sempat nak join dengan mereka,
jadi kita terhindar lah daripada gejala negative seperti itu. Gejala negative
itu yang akan memberi kesan yang buruk terhadap masa hadapan kita yang akan
berterusan sepanjang hidup.
2 ulasan:
Nice nukilan amirul. Haha saya akan mengikuti program kulinari di giatmara selama 6 bulan.😂
Publisher Testing
Catat Ulasan