Rabu, 13 Januari 2016

Aku dan Implant Koklea

    Assalamualaikum, ingin aku kongsikan cerita tentang pengalaman aku hidup dengan sebentuk alat pendengaran yang aku klasifikasi sebahagian daripada "nyawa' sendiri.

    Aku adalah insan yang kekurangan satu pancaindera iaitu "pendengaran", pada tahun 2004 iaitu sewaktu aku berumur 7 tahun, aku diserang demam panas selama 1 minggu berturut-turut. Dan itulah punca aku kehilangan deria pendengaran. Pada awalnya, aku dirawat di Unit Audiologi Hospital Sultan Abdul Halim, pada masa itu pendengaran kurang sedikit dan doktor sahkan tahap "Mild Hearing Loss", dan doktor sarankan untuk abah buat alat pendengaran untuk bantu aku mendengar agar dapat teruskn pembelajaran di sekolah seperti biasa. Tahun 2004, alat aku sebegini:-


    Untuk kanak-kanak macam aku pada masa tu, memang susah nak pakai sendiri, sepanjang pakai alat ni, mak dan abah yang pakaikan sebelum pi sekolah. Hari demi hari kena buat appointment, doktor sahkan pendengaran makin lama makin berkurang, tahap hilang deria pendengaran meningkat ke tahap "Severe hearing loss", jadi sebentuk alat pendengaran seperti dalam gambar itu sudah tak bermakna lagi untuk bantu aku jalani kehidupan seharian. 

    Ingin aku ceritakan, abah pernah ja cerita pada aku. Cikgu cadangkan untuk hantar ke sekolah vokasional khas untuk kanak-kanak kurang upaya pendengaran. Tapi abah tak mahu hantar dan dia tetap mahu aku dapat pembelajaran arus perdana macam kawan-kawan aku yang lain. Usahanya tidak putus, dia dapat cadangan untuk hantar aku ke Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM). Di sana ada satu program implan koklea untuk kanak kanak cacat pendengaran. Aku salah seorang yang join program tersebut.

    Di HUKM, model yang ditawarkan pada masa itu adalah Cochlear, model lain ada ja iaitu Med-EL, dua itu sahaja processor implan koklea yang saya tahu sampai hari ini. 

Ingin saya beritahu, yang warna lutsinar tersebut adalah implant yang dipasang dalam kepala, posisinya seperti di bawah :-

    Pemasangan implant ini memerlukan pembedahan, aku dibantu dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia oleh kerana aku bukanlah anak yang berasal dari keluarga yang senang. Kosnya kalau dengar pun dah tak senang duduk untuk keluarga macam saya. Tapi atas usaha abah, Allah permudahkan segalanya. Pada tahun 2009, aku adalah kanak-kanak OKU pendengaran yang dipasaang implant koklea. Suka saya ceritakan pada pembaca, bunyinya sangat jelas dan tiada gangguan. Pada masa itu, alat ini sangat besar dan agak leceh nak pakai, wayar pun panjang. 

    Aku bergantung pada alat ini sahaja untuk jalani kehidupan seharian. Alhamdulillah boleh belajar seperti sediakala. Balik rumah abah suruh practice mendengar, tengok berita. Kadang-kadang abah ajar tajwid, boleh mendengar dengan lancar. Suka saya menceritakan, kalau belajar tajwid dengan anak OKU pendengaran dengan alat kena ada 2-way communication, yang mana kita yang sudah tahu bunyi tajwid macam mana, ajar anak buat bunyi yang sama. Jika bunyi yang dikeluarkan sama macam yang kita mahu. Maknanya dia dapat mendengar dengan baik dan jelas melalui alat itu.

Alhamdulillah atas usaha yang terhasil. Kini aku adalah kanak kanak seperti kawan aku yang lain.









Tiada ulasan: