Khamis, 6 Oktober 2016

Mahir Menggunakan Autodesk?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Pagi ini saya mau kongsi dengan korang semua tentang pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Prestariang System SDN. BHD. dan Autodesk. Pertandingan ini dinamakan :

Autodesk Malaysian Design Competition

Ya pertandingan membuat lakaran dengan menggunakan autodesk software tak kira Autodesk maya, Autodesk 3DS MAX, Autodesk Autocad dan dll. Pertandingan ni terbuka bagi semua pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang mendapat akreditasi sahaja. Level terbahagi kepada 2 iaitu : 

Dalam pertandingan tersebut terdapat 3 kategori iaitu Architecture (Rekabentuk Banggunan, Landskap dan lain lain), Industrial Design (Rekabentuk Industri) dan Creative Media Design (Lakaran Kreatif). 

Tarikh Penting

Dalam pertandingan ini, peserta mesti membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar beserta seorang pensyarah bimbingan. IPT yang dituntut oleh pelajar mestilah mendapat akreditasi oleh MQA. Selepas proses pendaftaran, para pelajar buat rekaan sendiri menggunakan software Autodesk sebelum tarikh tamat iaitu 6 November 2016. pertandingan ni diadakan secara berperingkat.

Meh la kalau nak masuk, aku saja kongsikan informasi buat korang semua.

http://amdc.myaidea.com.my/index.html

Tiada ulasan: